Suplemen Terbaik Dari Blackmores Yang Boleh di Beli di Malaysia

0 comments
Suplemen Terbaik Dari Blackmores Yang Boleh di Beli di Malaysia

Blackmores merupakan sebuah syarikat pengeluar suplemen vitamin, mineral, nutrien, dan herba yang terkenal. Jenama ini berasal dari Australia tetapi meraih nama di negara lain termasuk di Malaysia dalam masa yang singkat. Ia telah diperakui sebagai jenama vitamin dan suplemen yang paling dipercayai di Malaysia sejak 10 tahun ia berada di pasaran. 


Suplemen Blackmores mengandungi bahan semula jadi yang diperoleh dari pembekal- pembekal yang diiktiraf dari seluruh dunia. Bukan itu sahaja, setiap produk menjalani ujian kualiti yang dijalankan secara in-house dan juga di makmal  berdaftar (GMP). 


Oleh dengan itu, berbelanja untuk suplemen Blackmore yang sesuai dengan keperluan kesihatan anda ialah idea yang sangat bernas. Jika anda tidak pasti suplemen mana satu yang benar-benar terbaik, jangan risau. Kerana kami akan menjelaskan jenis-jenis produk Blackmore serta kegunaannya dan bagaimana ia sesuai untuk anda.  


 

 

 

Rangkaian Produk dan Suplemen Blackmores

Secara semula jadi, tubuh badan manusia mampu menyerap nutrien penting dari makanan yang kita ambil. Namun, kerana oleh faktor-faktor seperti pilihan makanan dan tekanan hidup, tubuh kita tidak selalu dapat menyerap nutrien yang mencukupi.

Ini boleh menyebabkan kekurangan nutrien dalam badan dan menjejaskan kesihatan serta menyebabkan proses penuaan pra-matang terjadi. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita memahami jenis suplemen, vitamin, dan tablet diet sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Suplemen Blackmores diformulasikan untuk membantu mengatasi kekurangan nutrisi dan membantu tubuh badan anda berfungsi dengan lebih optimum. Ia diperbuat dari nutrien tumbuhan asli dan lemak haiwan seperti manfaat minyak ikan. Manfaat minyak ikan selain bahan-bahan semula jadi nya, ia juga mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Ia dapat menyediakan tubuh badan anda dengan lebih manfaat tambahan dengan penggunaanya.

Rangkaian suplemen-suplemen Blackmores termasuklah: 

  • Suplemen untuk kulit
  • Antioksidan
  • Suplemen Untuk Penjagaan Mata
  • Suplemen Untuk Tulang
  • Makanan Kesihatan Reproduktif
  • Untuk Kesihatan Jantung
  • Multivitamin Dan Mineral Untuk Kanak-kanak
  • Suplemen Untuk Lebih Tenaga

Rumusan setiap jenis produk ini terdiri daripada vitamin, mineral, herba, atau ketiga-tiga nya. Ini kerana nutrien yang berbeza memainkan peranan penting yang berbeza dalam tubuh badan kita. 

Oleh dengan itu, kami fahami setiap permasalahan kesihatan dan gabungkan formulasi ramuan yang tepat untuk membantu badan anda mengatasinya.


 


Jenis-Jenis Suplemen dan Produk Blackmores

To help you find the right supplement for your needs, let us examine individual categories of Blackmores Supplements and Products.

 

1.Suplemen Kesihatan

Suplemen kesihatan merupakan makanan tambahan yang bagus jika anda ingin meningkatkan kesihatan umum anda. Dengan itu, Blackmores menawarkan kapsul minyak ikan 1000mg.

Minyak ikan mengandungi kandungan asid lemak Omega-3 yang diperoleh dari lemak tisu ikan. Untuk memenuhi kuota diet Omega-3 yang diperlukan oleh tubuh anda, doktor mengesyorkan agar anda mengambil sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hidangan ikan dalam seminggu. Jika anda tidak dapat memenuhi kuota yang disarankan adalah sangat penting bagi anda mengambil suplemen minyak ikan supaya anda tidak kekurangan nutrien Omega-3.

Suplemen kesihatan Blackmores Minyak Ikan boleh dibeli dalam pek dengan 120 biji kapsul untuk kegunaan 30 hari. 

Ini adalah gambar produk yang boleh anda jadikan rujukan .

 

 

 

Kebaikan

Keburukan

 

- DHA dalam Omega-3 dapat membantu meningkatkan kesihatan otak dan meningkatkan rawatan pemulihan bagi pesakit strok.

 

- Suplemen minyak ikan dengan dos yang tinggi dapat membantu menghalang degenerasi makula berlaku yang disebabkan oleh faktor usia.

 

- Omega-3 membantu memecah lemak trigliserida dan membantu mengurangkan berat badan.

- Suplemen minyak ikan membantu meningkatkan kesihatan jantung yang baik.

- Sesetengah orang mungkin mengalami masalah tidak selesa perut ketika mereka mula-mula mengambil suplemen minyak ikan.

 

- Suplemen minyak ikan mungkin boleh memberi tindak balas terhadap sesetengah jenis ubat seperti ubat tekanan darah dan kontraseptif.


- Anda mungkin mengalami masalah mulut berbau semasa sepanjang tempoh pengambilan suplemen minyak ikan.


 

 

2. Suplemen Kecantikan

Kita semua berhak mendapat kulit yang cantik kerana ia membuatkan kita berasa lebih yakin dan berseri. Masalahnya, kebanyakkan produk kecantikan di pasaran memerlukan kos yang tinggi dan memerlukan banyak langkah penjagaan kulit yang agak leceh dan merumitkan.

Suplemen kecantikan kami menggunakan pendekatan yang semula jadi yang tertumpu dalam meningkatkan kesihatan kulit anda. Setiap ramuannya memberikan tubuh anda nutrien yang diperlukan supaya ia dapat memperbaiki struktur kulit. Oleh itu, ia mempunyai banyak manfaat jangka panjang berbanding dengan perubahan sementara dari penggunaan kosmetik luaran.


 

 

 

Suplemen kolagen BLACKMORES Collagen 10000mg High Strength merupakan minuman kolagen yang menyegarkan dengan rasa sitrus sebenar. Ia merangkumi:

Bahan-bahannya: 

  • 10,000mg kolagen dari minyak ikan
  • Ekstrak vitamin E
  • Ekstrak minyak Biji Anggur

Kebaikan

Keburukan
  • Kolagen membantu meningkatkan keanjalan kulit dan membantu mengurangkan kedutan, garis halus, dan kulit kendur yang disebabkan oleh faktor usia.
  • Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan dengan ikan.
  • Vitamin E memberikan perlindungan tambahan ke atas produk pelindung matahari dan membantu mengatasi kerosakan kulit akibat sinaran matahari.
  • Vitamin E dan kolagen membantu memudarkan parut dengan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
  • Vitamin E boleh bergabung dengan ubat anti-beku seperti heparin. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika anda menggunakan ubat jenis ini.
  • Ekstrak Biji Anggur membantu meningkatkan aliran darah dalam kapilari kulit. Aliran darah yang lebih baik berfungsi dalam mencegah radang dan meningkatkan bekalan nutrien penting ke sel-sel kulit.

 

 

3. Pemakanan Tambahan 

Saluran pencernaan manusia merupakan salah satu organ terpenting bagi setiap manusia. Ia bertanggung jawab mengurai makanan supaya nutrien dapat diserap ke dalam darah dengan baik. Apabila saluran pencernaan anda tidak menjalankan fungsinya dengan baik, anda akan mengalami kekurangan zat makanan, walaupun anda mengambil makanan yang seimbang dan sihat.

Blackmores menawarkan suplemen yang berkesan untuk membantu meningkatkan organ pencernaan supaya ia dapat menyerap nutrien dengan lebih baik.

Bahan- Bahannya: 

  • Ubidecarenone 150mg

Kebaikan

Keburukan

Koenzim Q10 membantu meningkatkan tahap tenaga dalam sel badan membuatkannya lebih cekap dalam fungsi tubuh badan seperti metabolisme dan penyerapan nutrien. Ia juga dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Sesetengah orang mungkin akan mempunyai selera makan yang tinggi kerana tahap metabolisme mereka yang tinggi.


Kami juga menawarkan tiga suplemen pemakanan yang lain seperti , , dan . Blackmores Milk Thistle mengandungi Silymarin yang membantu meningkatkan fungsi hati dan pertumbuhan semula sel-sel hati yang baru. Blackmores Essential Livo dan Blackmores Digestive Enzyme Plus, pula kaya dengan kandungan tambahan metabolisme semula jadi.

 

Ulasan mengenai suplemen makanan Blackmores: 

BLACKMORES CoQ10 150mg 30s Review - iPharmaHome Pharmacy Online

 

 

4. Multivitamin Blackmores

Multivitamin merupakan suplemen tambahan yang sesuai bagi mereka yang merasakan diet seharian mereka kurang seimbang. Jenis suplemen tambahan ini tidak hanya tertumpu kepada satu masalah kesihatan sahaja. Ia membantu memastikan tubuh badan anda mempunyai semua nutrien yang diperlukan oleh badan. Ini penting, kerana nutrien memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang terbaik.


 

 

Ini merupakan bahan-bahan yang terkandung dalam suplemen Blackmores Multivitamins and Minera.

Bahan-Bahannya:

Vitamin:

  • C
  • B3
  • B6
  • B2
  • B1
  • Folic Acid

 

Kebaikan

Keburukan

Mempunyai pelbagai jenis vitamin yang bekerjasama dalam memberikan peningkatan kesihatan yang menyeluruh

Suplemen tidak boleh digunakan sebagai pengganti kepada makanan seimbang



Suplemen multivitamin Blackmores disyorkan hanya untuk mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Sekiranya anda inginkan produk suplemen multivitamin untuk remaja, adalah boleh mencuba Teen Multi For Girl yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan atau Teen Multi For Boys untuk kanak-kanak lelaki.

Ia sarat dengan kandungan mineral dan vitamin untuk membantu remaja melalui fasa pertumbuhan dan perubahan hormon.

 


5. Imuniti

Adakah anda kerap selesema atau radang? Jika jawapan anda ya, ini bermakna imuniti anda terganggu disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau keadaan kesihatan yang lain. Sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk mengetahui apakah penyebabnya. 

Suplemen imuniti dari Blackmores mampu meningkatkan imuniti badan anda . Ia bertindak sebagai pendinding yang dibina dengan bekalan nutrien yang diterima oleh badan anda. Berikut adalah suplemen imuniti utama dari Blackmores Garlic Oil

 

 

Bahan-Bahannya :

  • 3g bawang putih per kapsul

Kebaikan

Keburukan

 

Allicin, sebatian aktif dalam bawang putih, membantu badan melawan penyakit dan membantu meningkatkan imuniti.

Ia juga baik untuk menguatkan badan untuk melawan:

  • Hipertensi
  • Kolesterol tinggi
  • Saluran darah menjadi keras

Apabila suplemen bawang putih dihadam oleh badan, sesetengah orang mungkin mengeluarkan bau atau rasa bawang putih dalam nafas.

Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa bagi sesetengah individu.


 

Untuk kategori ini, kami juga menawarkan suplemen Blackmores CoQ10 yang mengandungi 50mg Ubidecarenone.

Komponen ini membantu menghalang pengoksidaan kolesterol jahat (LDL) kerana kolesterol LDL membebaskan molekul radikal bebas dalam aliran darah yang boleh mengakibatkan tahap imuniti badan menurun.


 

 

 6. Untuk Stress dan Tenaga

Menurut data yang dikumpulkan dari pelbagai kajian yang dijalankan di American Institute of Stress, tekanan bukan hanya keadaan di mana emosi berada di keadaan yang negatif. Ia mungkin bermula daripada emosi yang kurang stabil dan kemudian mengganggu tahap kesihatan badan seseorang. Institut ini juga menegaskan bahawa tekanan boleh menjejaskan kesihatan mental, pola tidur, boleh menyebabkan gastrik serta aspek kesihatan yang lain.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika anda rasa kurang bertenaga, hilang selera makan, atau sering rasa keletihan semasa sedang tertekan. 

The BLACKMORES Executive B 60s diformulasikan untuk membantu badan anda mengatasi tekanan.

 

 

Bahan-Bahannya

  • Zinc
  • Magnesium
  • Vitamin B5 dan B6
  • Vitamin C

Kebaikan

Keburukan

  • Vitamin B kompleks membantu meningkatkan metabolisme dan menyerap nutrien dengan lebih optimum bagi membantu meningkatkan tenaga.
  • Suplemen ini membantu badan anda mengatasi tekanan.Tetapi ia tidak dapat menghalang tekanan terjadi.
  • Untuk itu anda digalakkan untuk menjaga diri dengan lebih baik.


  • Magnesium membantu mengatur corak tidur yang sihat.

 

Sekiranya anda berminat untuk meningkatkan tahap tenaga anda, anda boleh mencuba suplemen Blackmores Multi B dan Blackmores B&C.

Ia dirumus khas bagi membantu meningkatkan tenaga fizikal dengan cara yang lebih sihat dan juga membantu meningkatkan kekuatan kognitif.


 

7. Suplemen Kesihatan Wanita

Tubuh badan wanita sangat sensitif dan istimewa. Tetapi ia mempunyai banyak cabaran dan perubahan disebabkan oleh perubahan hormon dan faktor yang mengubah tubuh badan mereka seperti mengandung dan melahirkan anak.

Suplemen Blackmores merupakan rawatan alternatif penjagaan wanita secara semula jadi. Ia mampu meningkatkan kesejahteraan wanita dalam pelbagai keadaan. Ia dibuat daripada bahan- bahan semula jadi yang berkesan dan baik untuk badan.

Mari kita ketahui lebih lanjut mengenai suplemen formula Kehamilan dan Penyusuan Blackmores ini.

Bahan-Bahannya

  • Asid folik
  • DHA
  • Iodin
  • Zat Besi
  • Kalsium
  • Vitamin B12

 

Kebaikan

Keburukan

  • Folic Acid dan DHA membantu dalam pembentukan tulang belakang dan otak janin pada trimester pertama dan terakhir.

  • Ibu hamil yang menderita simptom hiperemesis gravidarum (mual / muntah-muntah) mungkin mengalami kesukaran untuk menelan biji kapsul.
  • Zat besi sangat penting bagi memastikan ibu mengandung mempunyai cukup darah untuk membekalkan nutrien dan oksigen di dalam badan mereka dan juga bayi.
  • Kalsium membantu meningkatkan kesihatan tulang dan gigi kedua-dua ibu dan bayi.
  • Iodin memastikan keseimbangan hormon tiroid yang sihat dan ia sangat penting untuk perkembangan janin dan memastikan kehamilan selamat

 

Blackmores juga menawarkan Proceive Care untuk wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon dan gejala PMS yang tidak selesa. Blackmores Evening Primrose Oil mempunyai banyak manfaat dalam menangani masalah PMS di kalangan wanita.

Ulasan Suplemen Kesihatan Wanita Blackmores:


Blackmores women' health supplement review - iPharmaHome Pharmacy Online

 

 

Soalan Lazim Mengenai Suplemen Blackmores

Soalan Lazim Mengenai Suplemen Blackmores

1. Apakah Blackmores jenama suplemen yang baik?

Ya. Produk Blackmores tidak mempunyai bahan tambahan dan ia sangat berkesan untuk kesihatan badan. Ia tidak mempunyai kesan sampingan dan mengganggu kesihatan badan. Tambahan lagi, setiap produk melalui lebih daripada 30 ujian kualiti. Orang Malaysia yang telah menggunakan produk Blackmores memilih jenama ini kerana ia juga merupakan jenama suplemen yang dipercayai oleh Digest Reader's bertahun lamanya. Bukankah kepercayaan pengguna itu sangat penting?

2. Adakah produk Blackmores selamat dimakan?

Ya. Walau bagaimanapun, adalah sangat penting bagi anda mematuhi had penggunaan yang telah ditetapkan bagi setiap produk. Selain itu, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum mula mengambil suplemen Blackmores sekiranya anda ada mengambil sebarang ubat atau mempunyai masalah kesihatan yang lain. 

3. Bagaimanakah cara penyimpanan produk Blackmores?

Hampir semua suplemen Blackmore perlu ditutup rapat dan disimpan di tempat yang sejuk dan kering. Baca label produk dengan teliti untuk arahan penyimpanan.


 

 

Di Manakah Boleh Membeli Produk Blackmores di Malaysia

Tubuh badan manusia melalui pelbagai perubahan dalam hidup. Kita akan menjadi tua, jatuh sakit, hamil, dan menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, adalah wajar badan kita menerima sokongan tambahan dari masa ke semasa supaya kita dapat hidup dengan lebih baik.

Memilih suplemen produk yang tepat bagi memenuhi keperluan kesihatan adalah sangat penting. Oleh sebab itu, anda perlulah mendapatkan produk Blackmores dari pembekal yang diiktiraf. Ini kerana produk palsu boleh membahayakan kesihatan dari memberikan kebaikan. 

Untuk produk Blackmores yang 100 peratus asli dari Malaysia dengan harga yang berpatutan, lawati kedai Blackmores Malaysia yang disahkan di iPharmaHome hari ini!

Lebih banyak suplemen Blackmores di sini.


 

More Blackmores supplements here

 

    Leave a comment

    All blog comments are checked prior to publishing
    Bioshield
    Dermeden
    • Secure Shopping Guarantee
    • Free Standard Shipping
    • 100% Customer Satisfaction
    • Genuine Product Guarantee
    You have successfully subscribed!