Kebaikan Minyak Ikan dan Kesan Sampingan yang Perlu Anda Tahu

0 comments
Kebaikan Minyak Ikan dan Kesan Sampingan yang Perlu Anda Tahu

Kebaikan Minyak Ikan dan Kesan Sampingan yang Perlu Anda Tahu

 

Minyak ikan ialah kandungan lemak yang diperoleh dari tisu lemak ikan. Ia merupakan sumber utama nutrien Omega-3 yang telah terbukti oleh industri perubatan dalam membantu meningkatkan kesihatan tulang, neurologi, dan kardiovaskular serta kebaikan kesihatan yang lain. 


Menurut pakar pemakanan, anda boleh mendapatkan nutrien Omega-3 dalam jumlah yang cukup dengan hanya mengambil 2 hingga 3 hidangan lemak ikan dalam jumlah yang sederhana pada setiap minggu.

Walau bagaimanapun, kerana pemilihan diet dan kengkangan dalam perbelanjaan, ramai yang tidak dapat memenuhi keperluan diet minyak ikan yang ideal menyebabkan ramai yang mengalami masalah kekurangan khasiat Omega-3.


Produk suplemen popular seperti Minyak Ikan Blackmores dan Swisse Minyak Ikan sangat dikenali ramai kerana ia dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kekurangan Omega-3  dalam diet mereka.


Teruskan membaca dan ketahui faedah dan manfaat minyak ikan, kesan sampingannya, serta info penting yang perlu anda tahu dalam penjagaan kesihatan secara optimum.


Beli BLACKMORES Fish Oil Caps 1000mg 30s

 

 

Beli SWISSE Odourless Wild Fish Oil 1000mg

 

 

Beli NUTRIFORTE Fish Oil DS 1200mg 100s

 

 

 

Beli HEALTHY CARE Fish Oil 1000mg Omega 3

 

Apakah Fungsi Minyak Ikan Untuk Tubuh Badan Kita?

Apabila anda memakan lemak ikan ataupun mengambil suplemen minyak ikan, sistem pencernaan anda akan memecah minyak ikan tersebut menjadi asid Omega-3 yang mudah diserap ke dalam aliran darah.

Ia kemudian digunakan oleh organ lain dalam badan seperti otak, hati, buah pinggang, dan juga mata.


Untuk memastikan ini terjadi, anda perlu mengambil minyak ikan yang secukupnya bagi memenuhi keperluan organ-organ tersebut.

Ini merupakan salah satu sebab mengapa doktor mengesyorkan pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan Omega-3 atau minyak ikan dengan teratur. 


Walaupun begitu, anda juga perlu tahu yang tubuh badan kita hanya dapat memproses kandungan Omega-3 dalam jumlah yang terhad dalam sesuatu masa. Jadi, sangat penting juga untuk anda mengambilnya secara sederhana.

 

 

Kegunaan, Keberkesanan, dan Kebaikan Minyak Ikan Omega-3


Minyak ikan terdiri daripada dua jenis asid lemak Omega-3 yang sangat penting iaitu DHA dan EPA. Kedua-dua asid lemak ini mempunyai sifat unik dan memainkan peranan yang berbeza di dalam memperbaiki dan meningkatkan kesihatan badan dari pelbagai aspek. Dalam situasi lain, kesan gabungan kedua-dua jenis asid lemak ini memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan badan kita. 


Oleh yang demikian, kita akan bincangkan peranan minyak ikan dalam membantu meningkatkan kesihatan badan dan apakah kesannya terhadap kesihatan kita secara keseluruhan.

 

1. Meningkatkan Kesihatan Neurologi


Sistem Saraf Pusat (SSP) manusia,terdiri daripada otak, tulang belakang, dan rangkaian saraf yang memberikan tindak balas dalam badan. Sebahagian besar sistem ini terdiri daripada DHA iaitu salah satu asid lemak dalam Omega-3. Minyak ikan dapat meningkatkan kekuatan dan tahap SSP kerana ia kaya dengan DHA.


Kebaikan minyak ikan ini telah terbukti dalam pelbagai kajian perubatan. Dalam satu kajian yang telah dijalankan telah dijalankan keatas masalah penuaan, mood, dan gangguan psikiatri yang berkaitan rapat dengan kekurangan Omega-3. 

Pakar kajian mendapati bahawa pesakit yang mempunyai kekurangan Omega-3 lebih cenderung mempunyai masalah kemurungan dan mood tidak stabil.


Bukan itu sahaja, mereka yang kekurangan zat Omega-3 juga mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit seperti Alzheimer dan juga demensia. Ini oleh sebab mereka tidak memiliki cukup DHA untuk membina semula membran otak yang menua sehingga menyebabkan fungsi otak semakin menurun.


Keupayaan pemulihan DHA didapati berkesan dalam:

  • Membantu mengurangkan kesan strok iskemia dan membantu pesakit strok pulih dengan lebih cepat.
  • Melindungi otak daripada kesan buruk daripada pengambilan alkohol yang berlebihan. 

2. Membantu Dalam Degenerasi Makula Berkaitan Umur

Degenerasi makula ialah keadaan di mana bahagian tengah retina menjadi tua dan pesakit mula mengalami masalah penglihatan. Perkara ini biasa berlaku kepada mereka yang sudah berumur dan lebih-lebih lagi jika pesakit tersebut mempunyai kekurangan vitamin dan Omega-3.


Walaupun masalah degenerasi makula tidak boleh sembuh seperti biasa, ia dapat dikawal dengan perubahan gaya hidup seperti kurangkan menghisap rokok, mengurangkan pengambilan alkohol, dan memilih diet yang sihat.

Salah satu diet yang digalakkan ialah mengambil asid lemak Omega-3 dalam setiap makanan anda. Ini kerana reseptor cahaya di retina terhasil daripada dari DHA. Oleh itu, penggunaan minyak ikan mungkin dapat membantu retina anda membina semula sel penuaan nya.


Dalam satu kajian penting yang pernah dijalankan, telah membuktikan kebaikan minyak ikan dalam membantu mengurangkan kebarangkalian pengembangan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia adalah sangat rendah.

Walaupun begitu, kajian alternatif menunjukkan bahawa pesakit yang menambah Omega-3 dalam diet mereka lebih cenderung mempunyai penglihatan yang lebih baik daripada mereka yang tidak mengambil Omega-3 dalam diet mereka.

Lebih-lebih lagi, jika minyak ikan diambil dengan suplemen vitamin penting yang lain, akan menghasilkan kesan yang lebih baik.  

 

3. Mengurangkan Kejang pada Epilepsi Refrakter

Epilepsi refrakter merupakan sejenis ubat penahan sakit untuk pesakit epilepsi di mana mereka cenderung mengalami sawan walaupun setelah mengambil ubat untuk mengelak dari sawan terjadi.

Dalam konteks lain, perlu diingatkan juga bahawa epilepsi ialah keadaan neurologi yang berkaitan dengan Sistem Saraf Pusat (SSP)

Makanan tambahan minyak ikan dos rendah seperti jenama Bio Life dengan Bio Life Fish Oil mempunyai kepekatan kira-kira 1000mg terbukti dapat mengurangkan kejang pada pesakit yang mengambil epilepsi refraktori.

Walaupun penyelidikan ini berdasarkan kajian yang terhad, penemuannya cukup memberangsangkan. Ini kerana sebilangan pesakit tidak menunjukkan reaksi kekejang selama 10 minggu dalam tempoh percubaan perubatan.

Oleh itu, adalah selamat untuk menyatakan bahawa di bawah kawalan perubatan yang betul, rawatan dengan mengambil minyak ikan berkesan dalam mengurangkan sawan.

Namun demikian, jika lebih banyak kajian yang dapat dijalankan,  dapat membantu membentuk prosedur rawatan yang lebih baik. 

 

4. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular


Beberapa penyebab utama masalah kardiovaskular termasuklah:

  • Kolesterol jahat (LDL)
  • Tekanan
  • Hipertensi

Apabila kolesterol jahat ( LDL) berkumpul di  dinding pada saluran darah, ia akan mempengaruhi fungsi jantung lalu membentuk plak.

Ini boleh menyebabkan arteri menjadi tersumbat dan menyebabkan masalah jantung, tekanan darah tinggi dan pengerasan pembuluh darah arteri.


Jadi, apakah kaitannya dengan minyak ikan?


Omega-3 menggalak pembentukan kolesterol yang sihat dengan membantu memecah lemak trigliserida. Jadi, ia dapat melindungi anda daripada kesan negatif yang disebabkan oleh kolesterol jahat seperti yang telah diterangkan di atas.

Yang lebih menarik lagi ialah minyak ikan juga boleh digunakan dalam membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular pada pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau telah didiagnosis dengan penyakit jantung.

Persatuan Jantung Amerika telah membuktikan Omega-3 berkesan dalam mencegah serangan jantung dan juga dalam meningkatkan tahap kesihatan pesakit selepas itu.

Dengan itu, masih tidak terlewat untuk menjaga gaya pemakanan anad atau mula mengambil Minyak Ikan Seven Seas. 

 

5. Memberi Manfaat Kesihatan Untuk Jantina-Spesifik

Tubuh badan lelaki dan wanita sangat berbeza. Oleh yang demikian, setiap jantina menerima khasiat minyak ikan Omega-3 dengan cara yang berbeza-beza. Kebaikan utama jantina-spesifik adalah seperti berikut:

Khasiat Minyak Ikan kepada Kaum Wanita

Suplemen minyak ikan dapat meningkatkan kesihatan kepada sistem pembiakan wanita. Ia terbukti :

  •  Mengurangkan kekejangan semasa haid - apabila diambil bersama vitamin E dan B12 ia dapat mengurangkan kekejangan haid pada beberapa orang wanita.
  • Kesihatan pranatal dan selepas bersalin- doktor berpendapat bahawa ibu mengandung digalakkan mengambil suplemen minyak ikan untuk membantu meningkatkan perkembangan neurologi bayi mereka. Suplemen adalah lebih selamat daripada makanan laut kerana ia tidak mengandungi kandungan merkuri.
  • Mengurangkan masalah fungsi tulang - perubahan hormon semasa menopaus boleh menyebabkan sesetengah wanita mengalami penurunan dalam kekuatan pada tulang serta sakit sendi. Omega-3 membuktikan ia dapat meningkatkan kepadatan mineral pada tulang. Memakan lemak ikan dibenarkan semasa mengandung, tetapi boleh menimbulkan risiko pengambilan merkuri.

 

Kebaikan Minyak Ikan Untuk Kaum Lelaki

Kaum lelaki mendapat kebaikan berbeza daripada kaum wanita dengan pengambilan dos biasa Omega-3. Antara kebaikan yang boleh diperoleh ialah:

  •   Jangka hayat yang lebih baik- menurut CDC, serangan jantung, dan penyakit kardiovaskular lain ialah penyebab utama kematian kepada kaum lelaki. Kesihatan kardiovaskular kaum lelaki dapat ditingkatkan dengan suplemen minyak ikan diikuti dengan perubahan gaya hidup. Ini dapat membantu meningkatkan jangka hayat lelaki dengan ketara.
  •  Meningkatkan kesuburan: bukti daripada kajian terbaru menunjukkan bahawa peserta lelaki yang menggunakan suplemen minyak ikan mencatatkan peningkatan hormon pembiakan FSH dan LH yang lebih baik. Mereka juga dapat menghasilkan air mani yang lebih berkualiti dan sihat.

 

6. Meningkatkan Masalah Kesihatan Yang Lain


Minyak ikan dapat membantu mengawal atau meningkatkan kesan dari pelbagai keadaan kesihatan.

Berikut merupakan beberapa contoh utama.

 

  • Membantu mengurangkan berat badan - minyak ikan membantu membakar sehingga 50 peratus kandungan trigliserida di dalam badan. Akibatnya, pengambilan minyak ikan dalam dos yang lebih tinggi adalah lebih berkesan. Oleh itu, suplemen minyak ikan dengan dos yang lebih tinggi seperti minyak ikan Nutriforte adalah sangat sesuai.
  • Pemulihan daripada serangan jantung dan pembedahan jantung - ada bukti yang membuktikan bahawa minyak ikan dapat meningkatkan tahap kesihatan pesakit selepas pembedahan angioplasti dengan menghalang arteri daripada tersumbat jika mereka mengambil minyak ikan sekurang-kurangnya sebulan sebelum pembedahan dijalankan dan juga selepas pembedahan. 
  • Ini juga terbukti bahawa, pesakit yang mengalami serangan jantung atau dirawat kerana kegagalan fungsi jantung menerima manfaat yang lebih baik jika mereka mengambil suplemen minyak ikan. Ini mungkin disebabkan oleh kesan penipisan darah daripada kesan minyak ikan Omega- 3. 
  • Mencegah kerosakan buah pinggang dan penolakan - ubat anti-penolakan yang diberikan selepas pemindahan buah pinggang adalah penting. Tetapi ia boleh menyebabkan terjadinya masalah kerosakan buah pinggang. Mengambil minyak ikan sangat digalakkan sebagai langkah untuk melindungi kerosakan buah pinggang terus terjadi. Minyak ikan juga dapat membantu meningkatkan fungsi buah pinggang sementara pesakit mengawal penolakan organ dengan ubat.
  • Rheumatoid arthritis (RA) - pengambilan suplemen minyak ikan bersama dengan ubat RA sangat  berkesan dalam membantu  mengurangkan kesakitan dan keradangan yang dialami oleh kebanyakan pesakit arthritis. Sekiranya terjadi kesakitan dan pembengkakan yang teruk, suplemen minyak ikan dapat diberikan secara intravena iaitu melalui drip. Ramai pesakit RA melaporkan bengkak dan sakit pada sendi berkurangan selepas mereka mengambil minyak ikan secara rawatan IV.

Kebaikan dan Keburukan Produk Suplemen Minyak Ikan


Kebaikan Keburukan

Ia membantu meningkatkan tahap kolesterol yang baik dalam badan.

Pesakit mungkin perlu menunggu untuk melihat kesan daripada pengambilan minyak ikan. Perkara baik selalunya tidak berlaku dalam sekelip mata.

Meningkatkan kesihatan dan rawatan penyakit jantung bagi pesakit yang menjalani rawatan untuk masalah jantung

Sesetengah orang mungkin mengalami kesan sampingan dari minyak ikan seperti sakit perut atau alahan

Meningkatkan kesihatan sistem pembiakan lelaki dan wanita

Tidak semua pesakit sesuai dengan suplemen minyak ikan

Dapat menghalang kerosakan kepada organ tubuh badan seperti otak dan buah pinggang

Suplemen minyak ikan dapat membantu memulihkan struktur Sistem Saraf Pusat (SSP) dan retina


Langkah Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Dalam Pengambilan Minyak Ikan Yang Perlu Anda Tahu


Seperti pengambilan ubat tambahan yang lain,, minyak ikan juga mempunyai risiko kesehatannya yang tersendiri. Berikut ialah beberapa perkara yang mungkin perlu anda ambil tahu.


  1. Pesakit yang mengambil ubat tekanan darah harus meminta nasihat daripada doktor sebelum  mengambil suplemen minyak ikan. Ini kerana asid lemak Omega-3 mempunyai kesan penipisan darah yang boleh mempengaruhi rawatan tekanan darah.

  1. Ubat antiplatelet atau anti-beku berfungsi dengan menipiskan darah. Apabila diambil dengan minyak ikan, ia mudah menyebabkan pendarahan yang membahayakan kesihatan kerana darah akan menipis dengan tahap kemampuan pembekuan yang sangat rendah.

  1. Minyak ikan mempunyai kesan penindasan imun pada badan. Oleh sebab yang demikian ia disyorkan untuk pesakit pemindahan organ. Walau bagaimanapun, dos suplemen minyak ikan yang tinggi boleh menurunkan daya tahan tubuh lebih dari yang diperlukan dan juga boleh mengganggu kemampuan badan untuk melawan jangkitan.

  1. Sesetengah pesakit mungkin mengalami reaksi negatif seperti kembung perut, sesak nafas, mulut berbau, dan sakit perut ketika mereka mula mengambil jenama suplemen minyak ikan seperti Blackmores Malaysia dan Swisse Malaysia

  1. Walau bagaimanapun, masalah- masalah ini dapat diatasi dengan menguji jenama dengan mencari jenama minyak ikan terbaik dan sesuai dengan anda. Malangnya, dalam beberapa kes, sistem anda mungkin menolak minyak ikan. 

Mereka yang mempunyai alahan dengan ikan mungkin mempunyai reaksi buruk terhadap suplemen minyak ikan.

 

Kesimpulannya

Semua maklumat mengenai minyak ikan telah pun dikongsi dan dijelaskan di atas. Dan tidak dinafikan minyak ikan mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan. Walau bagaimanapun, adalah sangat penting bagi anda mengambilnya dengan dos yang betul dan berbelanja dengan produk minyak ikan asli.


Berikutnya merupakan test & tried produk minyak ikan daripada jenama terpercaya di Malaysia yang boleh dicuba untuk kesihatan anda:

       

      Soalan Lazim mengenai Suplemen Minyak Ikan di Malaysia

      1. Apakah kebaikan minyak ikan?

      Ia baik untuk meningkatkan kesihatan jantung, sistem pembiakan, visual, dan tulang. Doktor juga mengesyorkan minyak ikan untuk mereka yang hamil kerana ia menggalakkan perkembangan janin yang sihat.


      2. Apakah Minyak Ikan Terbaik di Malaysia?

      Minyak ikan Blackmore ialah suplemen minyak ikan terbaik di Malaysia. Ia dihasilkan dengan bahan-bahan semula jadi dan tidak mengandungi surfaktan tiruan. Ini penting kerana surfaktan menurunkan keaslian suplemen. Secara amnya suplemen minyak ikan jenama Blackmore sangat mudah didapati di Malaysia dan harganya sangat berpatutan.


      3. Di manakah  suplemen minyak ikan boleh didapati di Malaysia?

      Sangat penting untuk mendapatkan produk minyak ikan anda daripada peniaga yang berdaftar. Ini bagi memastikan bahawa anda membeli produk asli untuk mendapatkan faedah sebenar dari minyak ikan. Produk palsu daripada penjual yang tidak bertanggungjawab sangat berbahaya kepada kesihatan.

        Leave a comment

        All blog comments are checked prior to publishing
        Bioshield
        Dermeden
        • Secure Shopping Guarantee
        • Free Standard Shipping
        • 100% Customer Satisfaction
        • Genuine Product Guarantee
        You have successfully subscribed!