Minuman Kolagen Terbaik di Malaysia

0 comments
Minuman Kolagen Terbaik di Malaysia
Minuman kolagen kian menjadi buah mulut dan mula digunapakai sebagai produk suplemen pilihan pengguna di Malaysia walaupun telah menjadi ramuan yang sering digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan kulit

Terbukti untuk meremajakan, mengekalkan keanjalan dan memulihkan kelembapan kulit, minuman kolagen baik untuk kesihatan tubuh badan.

Diuji oleh pakar dermatologi, minuman kolagen juga memberi sumber asid amino kepada peminum, dan dapat memperbaiki tisu-tisu penghubung kulit.

Tambahan lagi, terdapat juga banyak minuman kolagen yang memberi tumpuan untuk menguatkan tulang, kuku dan menyumbang kepada pertumbuhan rambut yang sihat.


Namun, dengan pelbagai pilihan minuman kolagen yang memenuhi pasaran pada masa ini, pastinya anda tertanya-tanya tentang pilihan minuman kolagen terbaik bagi anda.

Justeru, di sini kami menyenaraikan minuman kolagen terbaik di Malaysia, bersama fungsi dan khasiat, harga dan lokasi-lokasi pembelian sedia ada agar anda dapat memilih minuman kolagen yang bersesuaian dengan keperluan peribadi anda.

 


15 Minuman Kolagen Terbaik di Malaysia Yang Disyorkan Oleh Pakar Nutrisi


 

1. Blackmores Collagen Drinks

 

 

 

Sekiranya anda berusia 30-an, Blackmores Kolagen yang mempunyai antioksidan, Vitamin E dan ekstrak biji anggur adalah kolagen terbaik untuk anda. Blackmores Malaysia merupakan jenama produk suplemen yang terpercaya di dunia.

Mempunyai rasa sitrus, minuman kolagen ini dapat membasmi kerosakan pada sel-sel badan.

Ia juga dapat mengurangkan keradangan dan mencetuskan penghasilkan sel-sel baru dalam mendapatkan kulit wajah yang berseri sepenuhnya hanya dalam tempoh 6 hingga 12 minggu.


Beli BLACKMORES Collagen 10000mg High Strength di sini.

 

 

 

2. SWISSE Collagen Glow

 

 

SWISSE Malaysia adalah jenama yang terkenal dengan penghasilan minuman kolagen terbaik di Malaysia.

SWISSE Kolagen ini diperbuat daripada biji-biji anggur berserta Q10 co-enzyme. Sesuai digunakan bagi mereka yang sedang mengalami penuanan, kolagen berperisa sitrus ini dapat memenuhi keperluan kolagen tubuh anda dan mengurangkan kerosakan yang radikal pada sel-sel badan.

Selain itu, formula unik kolagen ini juga dipercayai dapat menambahkan seri pada kulit anda.


Beli SWISSE Collagen Glow with Collagen Peptides di sini.

 

 

3. SWISSE Grape Seed Collagen

 

 

SWISSE Grape Seed Collagen ini adalah antara supplemen pilihan rakyat Malaysia kerana ianya terbukti dapat menyuburkan kulit dan badan pengguna.

Ekstrak Biji Anggur di dalam kolagen tersebut berfungsi sebagai makanan tambahan yang dapat melegakan bengkak, sakit dan sendi.

Selain itu, antara ramuan kolagen ini terdiri daripada ekstrak vitis vinifera dan suplemen herba yang terbukti dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan anda secara menyeluruh.


Beli SWISSE Grape Seed Collagen di sini


 

4. HEALTHY CARE Grape Seed Collagen

 

 

Sekiranya anda mencari kolagen untuk penjagaan kulit, jantung, mata, dan keseluruhan kesihatan tubuh badan, Grape Seed Collagen ini terbukti antara minuman kolagen pilihan pengguna di Malaysia.

Dengan sentuhan rasa anggur, minuman kolagen ini terdiri daripada Vitamin E, flavonoid, asid linoleik dan OPC.

Secara keseluruhan, kolagen keluaran HEALTHY CARE ini dapat meningkatkan pertumbuhan kulit dan meningkatkan pelancaran darah serta urat di sekitar mata dan jantung pengguna.


Beli HEALTHY CARE Grape Seed 12000 di sini.

 

 

5. SWISSE High Strength Collagen

 

 

Bagi mereka yang meminati minuman berkarbonat, anda pasti tertarik dengan perisa yang ditawarkan dalam SWISSE High Strength Collagen ini.

Gabungan unik dari Vitamin C dan ramuan High Strength mereka dapat menawarkan sistem imuniti yang lebih kuat, selain mengelakkan dari terkena jangkitan selesema, dan memberikan faedah kepada pengguna terutamanya dalam era pandemik yang melanda dunia pada masa ini.

Selain itu, minuman kolagen ini juga dapat menyumbang kepada penghasilan tinggi kolagen dan elastin dalam badan anda untuk kulit yang lebih sihat.


Beli SWISSE High Strength di sini.


 

 

6. SWISSE Women's Ultivite Multivitamin Collagen

 

 

Seorang individu wanita memerlukan makanan tambahan ataupun supplemen yang terbaik untuk penjagaan tubuh yang menyeluruh.

Justeru, Women's Ultivite Multivitamin Collagen daripada SWISSE membawakan anda minuman kolagen terbaik dalam mengurangkan tekanan atau stress.

Multivitamin yang terdapat di dalam kolagen ini termasuk B1, B2, B3, B5, B6, B7, B12, vitamin C, zat besi dan zink baik untuk meningkatkan tenaga, stamina dan kecergasan tubuh anda.

Tambahan lagi, rasa citric grapeseed  yang enak berfungsi menambahbaik kandungan antioksidan dan kolagen di dalam badan anda. 


Beli SWISSE Women's Ultivite Multivitamin Collagen di sini.

 

 

7. Nutriforte Non-Acidic Vitamin C

 

Vitamin C adalah penting untuk fungsi badan yang optimum. Oleh itu, Nutriforte membawa minuman kolagen yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi, antioksidan dan ekstrak bioflavonoid untuk penjagaan kulit, pencernaan dan menjauhkan risiko dari jangkitan selesema tanpa reaksi asid semasa tempoh pengambilan.


Beli NUTRIFORTE Non-Acidic Vitamin C di sini.

 

 

8. SWISSE Hair Skin Nails+ Collagen

 

 

Sekiranya anda mengalami masalah kuku rapuh dan mudah pecah atau masalah rambut, maka minuman kolagen daripada SWISSE ini adalah yang terbaik untuk anda!

Sifat penambah kolagen premiumnya bukan sahaja memberikan kulit yang berseri tetapi juga membantu dalam penjagaan rambut yang sihat dan kuku yang cantik.


Beli SWISSE Hair Skin Nails+ di sini.

 

 

9. Kinohimitsu Collagen Diamond

Kinohimitsu Collagen Diamond adalah antara salah satu minuman kolagen terbaik dalam penjagaan kulit, dan sering dipuji oleh pakar estetika dan vlogger di Malaysia.

Ia terbukti dapat mencerahkan dan memperbaiki tekstur kulit dan menjadikannya lebih lembap dan halus.

Selain itu, kolagen ini memperbaiki, menegangkan dan melembapkan kulit anda untuk menghilangkan tanda-tanda penuaan.


 

10. Neocell Super Collagen (6600 mg)

Neocell adalah minuman kolagen yang penuh dengan vitamin, makanan tambahan dan Kolagen Jenis 1 dan 3.

Ia berfungsi membaiki tisu penghubung untuk meningkatkan keanjalan kulit, membina matriks tulang dan menguatkan sendi anda.

Tambahan lagi, kolagen ini juga berfungsi memperbaiki masalah kuku rapuh, yang lemah, rosak atau mudah pecah.

Selain itu, kolagen ini juga dapat menambahbaik saluran darah dan dapat menghasilkan rambut sihat dan menghilangkan kesan penuaan.

 

11. Lennox Firm Up + Collagen Drink

Lennox adalah minuman kolagen terbaik dan berkesan dengan anti-penuaan yang melicinkan kedutan.

Gabungan makanan tambahan juga dapat menghasilkan kulit yang lebih sihat, memberi khasiat dan penghidratan untuk memberikan seri wajah dan kelembutan kulit.

Ia juga melindungi anda sinar UV dan kerosakan berlebihan pada sel kulit anda.


 

12. Happy Health Natural Birds Nest with Rock Sugar

Banyak keperluan nutrien badan dapat diperolehi daripada kolagen Natural Birds Nest with Rock Sugar daripada Happy Health ini.

Diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan pengawet untuk menyuburkan kulit dan badan anda.

Tambahan lagi, sijil HACCP dan vakum pensterilan voltan tinggi juga diperolehi untuk kualiti premium tanpa keraguan.


 

13. NH Colla Plus Advance

Sekiranya anda mahukan hasil yang cepat, maka NH Colla berguna untuk mengekalkan kelembapan pada kulit anda dengan sifat anti-penuaan dan perlindungan matahari yang sangat baik.

Selain itu, kolagen ini mempunyai vitamin C yang diperlukan untuk mencegah kulit daripada kerosakan akibat sinar matahari yang berlebihan dan menjadikan tubuh anda sihat dan cergas.


 

14. JEANC 30 Days Hydrolyzed Collagen Drink

 

Sekiranya anda ingin melihat hasil hanya dalam 30 hari yang singkat, maka minuman kolagen buatan tempatan ini adalah yang terbaik untuk anda.

Ianya mempunyai Vitamin C, E dan Astaxanthin yang menyembuh kedutan dan menyuburkan rambut yang kering dan nipis.

Kolagen laut JEANC juga dapat menyerikan kulit wajah.


 

15. KITSUI Generation 3 Colla Collagen

 

Kolagen pilihan yang terakhir ialah Generation 3 Colla Collagen daripada KITSUI.

Kolagen ini menawarkan kolagen Marin, Omega 3, Astaxanthin dan banyak Vitamin C.

Minuman kolagen halal ini mempunyai rasa yang enak dan menganjalkan kulit, menyuburkan badan dengan harga yang sangat berpatutan.


 

Ringkasan

Kolagen peminum generasi baharu mempunyai banyak faedah kepada pengguna kerana ianya boleh dibawa dan digunakan di mana sahaja anda berada.

Selain itu, setiap produk kolagen tertumpu untuk bahagian badan yang berbeza.

Oleh itu, bergantung pada usia penuaan dan keperluan peribadi badan, anda boleh mendapatkan dos dan kolagen berlainan  yang diperlukan.


Biasanya, minumam kolagen boleh diambil daripada 6000mg hingga 7000 mg sehari tanpa kesan sampingan - dan bergantung pada jenama dan saiz pilihan anda, minuman kolagen boleh didapati dengan harga antara RM 50 hingga RM80.

Dalam senarai kolagen terbaik pilihan kami, kami menyediakan senarai yang komprehensif yang merangkumi lebih banyak kolagen serta pilihan harga yang menarik.


Bergantung pada pilihan anda, minuman kolagen ini dapat memperbaiki kulit, membasmi penuaan, tulang, menyihatkan rambut dan kuku dan seluruh badan pengguna.


Oleh itu, pastikan anda mendapatkan kolagen yang sesuai dengan keperluan badan. Perhatikan juga proses penghantaran, akses dan fleksibiliti supaya anda dapat menikmati minuman kolagen kegemaran anda tanpa perlu mencari pengganti yang kerap.


Lihat lebih banyak produk makanan tambahan di online farmasi terbaik dalam talian di Malaysia

 

    Leave a comment

    All blog comments are checked prior to publishing
    Bioshield
    Dermeden
    • Secure Shopping Guarantee
    • Free Standard Shipping
    • 100% Customer Satisfaction
    • Genuine Product Guarantee
    You have successfully subscribed!