12 Jenama Minyak Ikan Yang Terbaik di Malaysia

Minyak ikan biasanya diperoleh daripada tisu ikan yang tinggi kandungan minyak dan lemak nya, seperti ikan tuna.
Ia mengandungi asid lemak omega-3 dan kebaikannya diketahui umum sejak bertahun lamanya. Ramai yang suka mengambil minyak ikan terutama dalam bentuk suplemen.
Antara kebaikan minyak ikan termasuklah dalam membantu meningkatkan kesihatan jantung serta manfaat kesihatan lain, seperti membantu mengurangkan kemurungan, kegelisahan, keradangan, dan lain-lain lagi.
Omega-3 juga terdapat di dalam sperma, retina, dan sel-sel otak.
Tetapi ini tidak bermaksud bahawa tubuh badan kita menghasilkan minyak ikan, sebaliknyai ia diperoleh daripada diet yang mengandungi kandungan omega-3 yang kita ambil.
Kebaikan Suplemen Minyak Ikan
.Untuk Lelaki
Minyak ikan juga memberikan pelbagai kebaikan dan manfaat kepada kaum lelaki.
Ini termasuklah memberikan sokongan kepada jantung, membantu mengurangkan kecenderungan untuk rasa tertekan, dan membantu perkembangan otak.
Namun, kebaikan yang paling ketara ialah kemampuannya dalam membantu mengelakkan masalah mati pucuk dan menghasilkan sperma yang berkualiti dan pekat.
Minyak ikan juga membantu kesihatan kedua- dua hormon penghasil sperma, hormon luteinizing dan folikel pada lelaki.
Untuk Wanita
Seperti lelaki, minyak ikan dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung pada wanita.
Tetapi ada kebaikan yang lebih ketara, seperti kemampuannya untuk membantu meredakan atau mengurangkan sakit ketika haid dan masalah rheumatoid arthritis.
Ini kerana kaum wanita lebih cenderung mengalami masalah rheumatoid arthritis berbanding dengan kaum lelaki.
Terutama kepada wanita yang sudah pun berada di pertengahan umur.
Apabila sistem imuniti tubuh badan mula mengurang, lapisan sendi di setiap bahagian badan akan mula berasa sengal dan kesakitan pun terjadi.
Untuk Warga Emas
Kebaikan minyak ikan untuk mereka yang sudah berusia ialah, ia dapat mengurangkan masalah artritis reumatoid.
Ini kerana, minyak ikan juga dapat membantu meningkatkan kepadatan tulang untuk warga emas yang menderita penyakit osteoporosis.
Kebaikan minyak ikan yang ketara untuk mereka yang sudah berumur ialah keupayaannya dalam membantu menghalang masalah kehilangan memori dan demensia.
5 Faktor Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Membeli Suplemen Minyak Ikan
Dengan peningkatan dalam permintaan minyak ikan di Malaysia, anda mungkin akan berdepan dengan kualiti dan manfaat yang berbeza-beza.
Jadi adalah sangat penting untuk anda mengetahui serba sedikit mengenai minyak ikan tersebut sebelum memilih sesuatu jenama yang ada di pasaran.
Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu anda tahu mengenai minyak ikan, serta faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli; untuk membantu anda membuat keputusan sebelum anda membelinya:
Sumber / Jaminan Kualiti
Keaslian dan mutu sesuatu produk itu bergantung dari sumbernya. Untuk tujuan alam sekitar dan kesihatan, minyak ikan perlu diperakui oleh pentadbiran perikanan.
Berbeza dengan ikan yang lebih besar, yang mempunyai kedudukan atas dalam rantai makanan,dapat mengumpulkan lebih banyak logam berat.
Juga, selain mengetahui sumber yang tepat untuk minyak ikan, anda juga perlu mengetahui proses penyulingan molekul yang digunakan dan kaedah penyucian.
Proses penyucian dan penyulingan minyak ikan perlu dilakukan dalam standard yang diiktiraf dan diluluskan.
Ini kerana pemprosesan yang baik mampu menghasilkan kadar asid lemak DHA dan EPA yang lebih bermutu.
Bentuk
Ketika membeli minyak ikan, anda pasti ingin mencari minyak ikan dalam bentuk yang lebih mudah diambil dan diproses oleh badan.
Salah satu bentuk minyak ikan yang mudah dicerna dan diserap adalah dalam bentuk Trigliserida.
Walau bagaimanapun, terdapat juga bentuk lain iaitu ethyl ester yang lebih mudah didapati. Namun, ia kurang mudah diserap dan mempunyai bau yang agak hanyir.
Apa yang menarik ialah, bentuk trigliserida secara semula jadi nya memang mengandungi minyak ikan.
Rasa Hanyir Ikan
Rasa hanyir ikan mungkin akan menyebabkan gangguan seperti bau yang busuk, atau sendawa yang mengeluarkan rasa ikan.
Rasa atau bau hanyir sering terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti terlalu lama terdedah kepada haba semasa pemprosesan atau semasa proses penyimpanan dilakukan.
Ia juga mungkin diperoleh daripada sumber yang kurang berkualiti, atau ketidakmampuan memecah molekul lemak minyak ikan.
Dos
Dos untuk minyak ikan yang diperlukan oleh setiap individu mungkin berbeza-beza.
Jadi dinasihatkan berjumpa dengan doktor atau pakar diet yang memahami tentang tahap kesihatan anda sebelum mengambil minyak ikan.
Walau bagaimanapun, mereka yang sihat dan tidak mempunyai sejarah sakit jantung dan tidak mengambil dua hidangan lemak ikan dalam seminggu boleh mengambil sekitar 400 hingga 500 miligram minyak ikan setiap hari.
Harga
Selalunya, lebih murah harga minyak ikan tersebut, lebih kurang kadar penyerapannya.
Ini bermaksud minyak ikan yang diambil tidak mudah diserap oleh tubuh badan. Sebagai contoh, ethyl ester di mana ia mungkin lebih murah tetapi tidak mudah diserap.
Berbeza dengan minyak ikan yang dihasilkan dalam bentuk trigliserida- ia lebih mahal tetapi mudah diserap.
Ada juga di mana anda terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi untuk minyak ikan yang mudah diserap tetapi dos nya rendah dan anda terpaksa mengambil lebih banyak untuk mendapatkan manfaatnya.
Ini bermaksud tidak semestinya yang lebih murah itu tidak berkesan dan yang mahal itu lebih baik.
Pilihan Terbaik: 12 Jenama Suplemen Minyak Ikan Terbaik di Malaysia
Kebaikan daripada pengambilan minyak ikan, yang kaya dengan khasiat Omega-3, dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung, serta mengurangkan risiko serangan jantung dan strok.
Ia juga dapat membantu mengurangkan rasa tertekan akibat kemurungan dan kegelisahan.
Manfaat kesihatan lain yang boleh didapati daripada penggunaan minyak ikan juga membantu meningkatkan kesihatan mata kerana Omega-3 juga kaya dengan DHA yang penting untuk mata kita.
Dengan permintaan minyak ikan dan suplemen nya yang semakin meningkat, tidak hairanlah mengapa minyak ikan ada banyak di rak-rak farmasi dan hampir semua kedai.
Dengan maklumat tentang minyak ikan ini, serta faedahnya, dan faktor penting yang perlu anda tahu sebelum memilih minyak ikan, dapat membantu anda mendapatkan suplemen minyak ikan yang sesuai.
Mari kita ketahui apakah 12 jenama minyak ikan yang terbaik di Malaysia:
1. Blackmores Fish Oil: Dari Sumber Yang Berkualiti Tinggi, Hebat Untuk Tubuh Badan
Jenama Blackmores, sangat terkenal dengan pelbagai jenis suplemen kesihatan di Malaysia. Ia mengandungi kandungan minyak ikan yang kaya dengan sumber omega-3 yang berkualiti tinggi.
Bahan-Bahannya:
- Trigliserida laut omega-3
Dos:
- Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia lebih dari satu tahun.
- Baik untuk kulit, jantung, dan kesihatan umum orang dewasa. Ambil dua biji kapsul sehari bersama dengan makanan
- Untuk kesihatan mata dan juga otak: ambil tiga biji kapsul setiap hari bersama dengan makanan
- Untuk kanak-kanak: masukkan dua biji kapsul ke dalam jus, bijirin, atau susu dan ambil setiap hari.
Pros |
Cons |
Menggalakkan kesihatan kulit, jantung, dan otak yang sihat |
Mungkin tidak sesuai bagi individu yang alergi dengan ikan |
Menggalakkan kesihatan umum |
|
Telah diuji untuk mengesan kadar dioksin, merkuri, dan PCB |
Beli di sini: Blackmores Fish Oil
2. SWISSE Odourless High Strength Wild Fish Oil 1500MG (400 capsules): Dari Sumber Lestari Terbaik
Minyak ikan Swisse Odorless diformulasikan dengan sumber lestari yang mengandungi kandungan asid lemak omega-3.
Bahan-Bahannya:
- 1500mg minyak ikan
Dos:
- Sesuai untuk orang dewasa, hamil dan menyusu, serta kanak-kanak
- Untuk orang dewasa: Ambil 1, 1, 2, 4, 5, dan 7 biji kapsul setiap hari untuk kesihatan umum, meningkatkan sistem otak dan saraf, kesihatan mata dan kardiovaskular, keseimbangan mood, menjaga tahap trigliserida normal,tekanan darah, dan kesihatan sendi.
- Kanak-kanak yang di bawah umur 1 dan 12 tahun ke bawah: masukkan satu biji kapsul ke dalam bijirin, susu, dan jus dan minum setiap hari.
- Untuk wanita hamil dan menyusu: ambil 2 biji kapsul setiap hari, dengan, ataupun selepas makan.
Pros |
Cons |
Menggalakkan kesihatan sistem saraf dan otak |
Bukan produk vegetarian |
Meningkatkan kesihatan mata |
|
Berfungsi sebagai anti-radang untuk sendi |
|
Membantu menstabilkan mood |
|
Sumber Omega-3 yang asli |
|
Diformulasi dengan bahan-bahan daripada sumber lestari yang kaya dengan kandungan Omega-3 |
|
Diformulasi berdasarkan kajian saintifik |
Beli di sini: Swisse Odorless Fish Oil
3. NUTRIFORTE Fish Oil DS 1200 mg 100s: Penyulingan Molekul Terbaik
Minyak ikan Nutriforte ialah minyak ikan trigliserida omega-3 yang pekat dihasilkan melalui penyulingan secara molekul. Setiap botol mengandungi 100 biji gel lembut.
Bahan-Bahannya:
- 600 mg kandungan EPA dan DHA
- Minyak ikan yang diperoleh daripada jenis ikan kecil seperti ikan sardin dan ikan bilis
Dos:
- Sesuai untuk orang dewasa: ambil 1 hingga 3 biji gel lembut setiap hari bersama makanan
Pros |
Cons |
Menggalakkan kesihatan kardiovaskular yang baik |
Tarikh tamat tempohnya agak cepat |
Membantu mengurangkan bengkak dan keradangan pada sendi |
|
Menggalakkan fungsi otak dan mata. |
|
Tidak meninggalkan rasa ikan |
|
Telah diuji dan bebas dari kandungan Merkuri, PCB, dioksin, dan lain-lain |
Beli di sini: NUTRIFORTE Fish Oil DS 1200mg
4. HEALTHY CARE Fish Oil 1000mg Omega 3 (400 capsules): Bagus Untuk Kesihatan Jantung
Minyak ikan Healthy Care sangat bagus dalam membantu meengawal penyakit jantung kerana ia kaya dengan asid lemak Omega-3.
Bahan-Bahannya:
- Minyak ikan yang mengandungi 300 mg Trigliserida (DHA dan EPA)
Dos:
- Sesuai untuk orang dewasa dan juga kanak-kanak
- Untuk orang dewasa: ambil satu biji kapsul tiga kali sehari bersama makanan.
- Kanak-kanak: masukkan satu atau dua biji kapsul suplemen ke dalam jus atau susu dan ambil setiap hari.
Pros |
Cons |
Membantu mengurangkan simptom tekanan darah rendah |
|
Mengekalkan kesihatan kardiovaskular yang normal |
|
Menyokong tahap kolesterol normal |
|
Tiada gula dan pewarna tiruan |
Beli di siniL Healthy CareFish Oil Omega 3
5. BioLife Omega-3 Fish Oil: Bagus Untuk Kesihatan Badan

Minyak Ikan BioLife Omega-3 mengandungi ekstrak minyak ikan berminyak dari perairan sejuk.
Ia sangat sesuai untuk individu yang tidak mengambil hidangan ikan berlemak daripada diet mereka.
Bahan-Bahannya:
- Minyak ikan dari badan ikan tenggiri, ikan sardin, dan ikan bilis
- 18% EPA
- 12% DHA
Dos:
- Sesuai untuk orang dewasa
- Ambil satu biji kapsul dua kali sehari.
Pros |
Cons |
Mudah diserap dan diproses oleh badan |
Perlu berhati-hati sekiranya anda ada mengambil suplemen atau ubat cair darah |
Mudah diserap dan diproses oleh badan |
|
Diiktiraf halal |
6. VitaHealth VitaEPA Fish Oil: Baik Untuk Badan

Kapsul minyak ikan dari VitaHealth ini merupakan alternatif untuk kapsul yang berasaskan gelatin.
Bahan-Bahannya:
- Omega-3 dari trigliserida laut yang kaya dengan kandungan EPA dan DHA
Dos:
- Ambil satu atau lebih kapsul setiap hari dengan makanan.
Pros |
Cons |
Menjaga kesejahteraan badan |
Tidak sesuai untuk vegetarian |
Tiada gula tambahan |
|
Tiada bahan perasa tiruan dan pengawet |
Beli di sini:
7. Amway NUTRILITE® Salmon Omega-3 Softgels: Terbaik Dari Alam Semula Jadi Dan Sains

Gel lembut Nutrilite Salmon Omega-Amway dari Amway ini menggabungkan nutrien omega-3 dari salmon yang diperoleh dari perairan sejuk dari Norway. Ia kaya dengan sumber omega-3 daripada ikan tenggiri, sardin, dan ikan bilis.
Bahan-Bahannya:
- Salmon
- Ikan Bilis
- Ikan tenggiri
- Ikan Sardin
Cara Pengambilannya: Ambil satu hingga tiga biji gel lembut dengan makanan setiap hari.
Ia sesuai untuk mereka yang:
- Mengamalkan diet yang tidak seimbang
- Usia yang meningkat
- Warga Emas
- Mengambil asid lemak omega-3 dalam kuantiti yang kecil dalam makanan mereka.
Pros |
Cons |
Tanpa perisa tiruan dan bahan pengawet |
Agak mahal |
Ringan dan mudah dibawa ke mana-mana |
Bau ikan yang kuat |
Menyokong tahap trigliserida yang sihat |
Rasa Mual |
Mengekalkan tahap kolesterol yang normal |
Beli di sini:
8. Kordel Fish Oil: Vitamin Yang Baik

Minyak Ikan Omega-3 Kordel 1500 mg + Vitamin D ialah suplemen Omega-3 dengan kandungan 50% asid lemak Omega-3 tambahan dalam setiap kapsul.
Setiap kelompok telah menjalani prosedur ujian tambahan bagi memastikan tahap kualiti dan kesegaran.
Bahan-Bahannya:
- Vitamin D (3.5 mcg Cholecalciferol)
- 1500 mg minyak Ikan (dari sumber ikan bilis dan ikan sardin)
Dos:
- 1 hingga 3 biji kapsul selepas makan setiap hari
Pros |
Cons |
Membantu menjaga kesihatan dan imuniti tulang |
Mungkin meninggalkan rasa ikan selepas pengambilannya |
Mengekalkan tahap kolesterol dan peredaran darah yang sihat |
Ia boleh menyebabkan rasa mual bagi sesetengah orang |
Tidak mengandungi gluten, ikan, telur, atau produk tenusu |
|
Tanpa perisa tiruan atau pemanis tambahan |
|
Setiap kelompok diuji bagi memastikan tahap kualiti dan kesegaran |
9. Provas Fish Oil: Kekuatan Sebenar

Minyak ikan Provas mempunyai ekstrak sebenar yang tinggi. Minyak Ikan Provas ini bertujuan untuk memberi pengguna 696 mg DHA dan EPA yang disuling secara molekul. Bentuk minyak ikan ini ialah Ethyl ester.
Bahan-Bahannya:
- 1200mg Ethyl ester
- Minimum 60% EPA + DHA
- Tokoferol bercampur 3 IU
Dos:
- 1 hingga 2 biji kapsul setiap hari. Ambil bersama makanan dan selepas makan utama.
Pros |
Cons |
Membantu menghalang strok & mengurangkan tekanan darah tinggi |
Tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai alergi dengan gangguan GI ringan |
Melindungi buah pinggang daripada kerosakan yang mungkin disebabkan oleh diabetes |
|
Ia boleh diambil untuk jangka masa panjang |
|
Tiada pengawet |
10. Seven Seas Fish Oil: Bagus Untuk Jantung

Seven Seas Simply Timeless ialah minyak daripada ikan cod dan sumber semula jadi Omega-3.
Ia mengandungi multivitamin A-Z yang lengkap untuk menjaga kesihatan anda ketika usia semakin meningkat.
Bahan-Bahannya:
- 143mg minyak hati ikan kod
- 110mg EPA
- 50 mg DHA
- Semua multivitamin
Dos:
- Kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas dan orang dewasa harus mengambil satu biji kapsul sehari dengan air sejuk.
- Sekiranya anda hamil, berjumpa dengan doktor sebelum mengambilnya
Pros |
Cons |
Meningkatkan tenaga dan metabolisme |
Mereka yang mengambil ubat cair darah seperti warfarin tidak boleh mengambil minyak ikan kod |
Menyokong fungsi jantung & otak yang normal |
|
Membantu penglihatan normal |
|
Bebas gelatin |
Beli di sini:
11. Nature’s Way Fish Oil: Baik Untuk Sakit- Sakit Sendi

Nature's Way Odorless Fish Oil 1500 mg terdiri daripada kandungan asid lemak Omega-3 berkualiti tinggi, DHA, dan EPA dari ikan liar laut yang segar.
Bahan-Bahannya:
- 1000mg minyak ikan semula jadi
Dos:
- Sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak berusia usia 2 tahun dan ke atas.
- Untuk orang dewasa: 3 biji kapsul setiap hari dengan makanan.
- Untuk kesihatan jantung: 2 biji kapsul setiap hari dengan makanan
- Untuk masalah osteoartritis ringan: ambil tiga biji kapsul tiga kali sehari bersama makanan.
- Untuk kanak-kanak: ambil satu biji kapsul sehari. Masukan dalam susu, bijirin, atau jus.
Pros |
Cons |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
12. Pristin Fish Oil

Jenama Pristin mengandungi minyak ikan yang asli dan pekat diperoleh daripada ikan liar.
Ia sangat baik dan merupakan kapsul minyak ikan yang paling banyak dijual dan dibeli di Malaysia.
Bahan-Bahannya:
- 396 mg asid Eicosapentaenoic (EPA),
- 264 mg asid Docosahexaenoic (DHA)
- 660mg jumlah asid lemak omega-3
- Vitamin E
- Gelatin
Dos:
- Sesuai untuk orang dewasa. Ambil satu biji gel lembut setiap hari selepas makan
Pros |
Cons |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan Lazim Sebelum Membeli Minyak Ikan di Malaysia
1. Jenama Minyak Ikan Apakah Yang Terbaik di Malaysia?
Sekiranya anda ingin membeli minyak ikan yang berkualiti di Malaysia, ada beberapa faktor yang perlu anda titik beratkan (seperti yang dibincangkan di atas). Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi pilihan anda dan membantu anda menentukan jenama mana yang terbaik.
2. Berapa Banyak Dos Minyak Ikan Yang Harus Saya Ambil Setiap Hari?
Menurutfakta kesihatan, tidak ada dos yang ditetapkan dalam pengambilan minyak ikan setiap hari. Namun demikian, dos antara 250 hingga 500 mg DHA dan EPA sesuai untuk mereka yang mempunyai tubuh badan yang sihat.
3. Apakah Kebaikan Makanan Minyak Ikan?
Setiap suplemen minyak ikan mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Walaupun begitu, ia mempunyai banyak manfaat yang diketahui umum seperti: membantu mengurangkan risiko strok atau serangan jantung, mengekalkan kadar trigliserida dan kolesterol yang sihat, menjaga kesihatan jantung dan hati, membantu menurunkan tekanan darah, memberikan kulit yang sihat, serta meningkatkan kesejahteraan umum tubuh badan.
Di manakah Saya Boleh Dapatkan Minyak Ikan Yang Terbaik Di Malaysia?
Suplemen kesihatan seperti minyak ikan telah terbukti dapat membantu tubuh badan, walaupun omega-3 sebenarnya tidak dihasilkan oleh badan.
Kini terdapat banyak bentuk suplemen minyak ikan dan di pasaran yang menyebabkan kualiti lebih rendah juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan.
Kami berharap panduan 12 Minyak Ikan Terbaik di Malaysia ini dapat membantu anda dalam memilih jenama minyak ikan terbaik di Malaysia.
Namun demikian, adalah sangat penting untuk membeli minyak ikan yang asli dan tulen daripada pengedar yang diiktiraf. Anda boleh membeli suplemen minyak ikan di Malaysia daripada salah satu syarikat pengedar terbaik iaitu di ipharmaHome. Kami bukan sahaja menyediakan produk suplemen terbaik, terdapat juga suplemen vitamin dan minyak ikan yang berkualiti tetapi kami juga membekalkannya dengan harga yang sangat berpatutan.
Di iPharmaHome juga, anda boleh mendapatkan suplemen kesihatan yang akan memberi banyak manfaat kepada kesihatan andakerana kami merupakan pengedar farmaseutikal dalam yang dipercayai di Malaysia. Untuk memudahkan anda, kami juga menjual dari dalam talian.4
Berikutnya lebih banyak produk minyak ikan daripada jenama terpercaya di Malaysia: