Cara yang Berkesan untuk Mendapatkan Vitamin D untuk Badan Anda

13 peratus populasi di dunia mempunyai masalah kekurangan Vitamin D.
Tetapi apakah Vitamin D?
Vitamin D ialah vitamin yang mudah larut dalam lemak, ia membantu tubuh badan kita menyerap kalsium, dan menggalak pembentukan tulang dan proses mineralisasi.
Kekurangan vitamin D yang berlebihan boleh menyebabkan perubahan bentuk tulang atau tulang mudah rapuh, seperti riket yang sering terjadi kepada kanak-kanak dan osteoporosis dalam orang dewasa.
Peranan vitamin D adalah untuk menyokong pembentukan tulang, meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan, dan melawan serangan bakteria dan juga virus.
Kajian juga mendapati bahawa ia dapat membantu meningkatkan kesejahteraan tubuh badan dengan membantu menurunkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung, sklerosis berganda, dan membantu mengawal gejala depresi.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda secara terperinci mengenai mekanisme sintesis vitamin D dalam tubuh badan kita, di mana boleh anda dapatkan vitamin D, dan produk kesihatan vitamin D yang disarankan.
.Bagaimanakah Badan Manusia Memproses Vitamin D?
Vitamin D merupakan hormon yang dihasilkan terutamanya di bahagian kulit badan kita dan ia bertindak balas terhadap cahaya matahari. Ia juga boleh diserap melalui makanan dan membantu menyerap kalsium dari usus ke saluran darah.
Apabila tenaga daripada sinaran matahari terkena kulit anda, bahan kimia akan berubah menjadi vitamin D3. Vitamin itu kemudiannya dibawa ke bahagian hati terlebih dahulu, sebelum ke buah pinggang; di mana ia akan berubah menjadi unsur aktif vitamin D.

Bagaimana badan memproses Vitamin D. Sumber:
Tubuh badan kita memerlukan vitamin D yang mencukupi; jika tidak, kalsium makanan hanya akan dapat diserap dalam jumlah yang rendah iaitu 10 peratus dan 15 peratus sahaja, tetapi apabila vitamin D mencukupi, penyerapannya akan meningkat dari 30 peratus hingga 40 peratus.
Menurut institusi perubatan, berikut merupakan jumlah vitamin D yang diperlukan setiap peringkat usia:
- Bayi (baru lahir-12 bulan): 400 IU (10 mcg)
- Kanak-kanak (1-13 tahun): 600 IU (15 mcg)
- Remaja (14-18 tahun): 600 IU (15 mcg)
- Dewasa (19–70 tahun): 600 IU (15 mcg)
- Warga emas (yang berusia lebih dari 71 tahun): 800 IU (20 mcg)
Garis panduan yang disediakan oleh National Academy of Medicine di Amerika Syarikat hampir sama, tetapi secara khususnya, pengambilan harian vitamin D yang disyorkan adalah sehingga 4,000 IU dan ia masih di tahap yang selamat.
Vitamin D dan Pertumbuhan Rambut
Telah terbukti bahawa folikel rambut baru dapat dihasilkan dengan melalui bantuan vitamin D - ini bermaksud ia menggalakkan lebih banyak liang untuk rambut yang baru untuk tumbuh.
Walaupun vitamin D dihasilkan pada kulit oleh tindak balas matahari bersama prekursor, ia masih boleh dimetabolismekan oleh keratinosit pada kulit kita. Keratinosit merupakan sejenis sel di kulit yang bertanggung jawab untuk memproses keratin - iaitu protein yang juga terdapat pada kulit, kuku, dan rambut.

Memastikan pertumbuhan rambut boleh menjadi sukar bagi keratinosit pada folikel rambut apabila kandungan vitamin D tidak mencukupi dalam badan.
Apabila kita kehilangan rambut terlalu banyak disebabkan oleh tekanan psikologi, kelahiran anak, atau faktor lain, ahli dermatologi biasanya akan menyarankan penggunaan beberapa produk berasaskan vitamin D.
Vitamin D bukanlah sejenis bahan kimia, tetapi kulit kita menghasilkannya secara semula jadi. Walaupun kulit menghasilkan vitamin D3 melalui tindak balas UVB dan sebelum tindak balas terjadi - sejenis bentuk kolesterol, 7-dehidrokolesterol, vitamin D2, dihasilkan dengan mendedahkan sterol tumbuhan kepada sinar UV.
Vitamin D2 juga boleh diperoleh daripada makanan tambahan dan mempunyai fungsi yang hampir sama dengan D3,oleh sebab itu ia digabungkan sebagai vitamin D.4 Kaedah Yang Terbukti Mampu Meningkatkan Tahap Vitamin D Anda
Antara perkara-perkara yang dibimbangkan mengenai vitamin D termasukklah:
"Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lebih banyak vitamin D?"
"Bagaimanakah cara meningkatkan kadar vitamin D dengan cepat?"
"Bagaimanakah cara meningkatkan penyerapan vitamin D?"
"Apakah cara terbaik untuk mengambil vitamin D?"
"Bagaimanakah mendapatkan lebih banyak vitamin D dalam diet kita?";
"Apakah kebaikan vitamin D?"
Memastikan pengambilan vitamin D yang secukupnya dalam sehari adalah sangat penting bagi memastikan tulang yang sihat dan kuat.
Antara langkah-langkah untuk meningkatkan pengambilan vitamin D yang biasa dinasihatkan oleh doktor termasuklah:
1. Meluangkan Lebih Masa Di Bawah Sinaran Matahari

Matahari merupakan sumber vitamin D semula jadi yang baik untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan vitamin D.
Sebenarnya, sumber vitamin D terbaik ialah matahari, sebab itulah ia dipanggil "vitamin sinar matahari."
Tambahan lagi, vitamin D yang diperoleh dari matahari adalah dua kali ganda jumlahnya dari makanan dan suplemen vitamin D; ini kerana ia boleh didapati melalui tindak balas cahaya matahari pada kulit untuk menghasilkan vitamin D.
Keupayaan tubuh badan kita untuk menghasilkan vitamin D dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut:
- Musim dan lokasi anda - jika anda dekat dengan sinar matahari ia dapat membantu badan anda menghasilkan lebih banyak vitamin D secara semula jadi; ini sangat baik bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan iklim khatulistiwa.
- Umur dan warna kulit - warna kulit yang lebih gelap memerlukan lebih banyak vitamin D kerana kandungan melanin pada kulit mereka. Melanin adalah sebatian yang dapat menghalang pengeluaran vitamin D. Apabila usia meningkat, pengeluaran vitamin D juga akan berkurangan.
- Pakaian dan pelindung matahari - terdapat pakaian dan pelindung matahari yang dapat menghalang penghasilan vitamin D. Telah terbukti bahawa mendedahkan diri secara terus dengan cahaya matahari selama 8-15 minit sehari sudah memadai. Mereka yang mempunyai kulit yang agak gelap mungkin memerlukan lebih banyak masa di bawah sinaran matahari.
2. Mengamalkan Diet Yang Dengan Kaya dengan Ikan Berlemak dan Makanan Laut

Ikan salmon tergolong dalam ikan yang berlemak.
Makanan laut merupakan salah satu sumber vitamin D yang semula jadi, dan ia menyediakan jumlah vitamin D yang lebih tinggi secara semula jadi berbanding dengan beberapa makanan lain yang juga kaya dengan vitamin D.
Anda mungkin tidak pasti bila badan anda menerima vitamin D yang cukup daripada cahaya matahari. Ini memberi ruang untuk anda memilih makanan ikan berlemak dan makanan laut; yang kaya dengan vitamin D, seperti:
- Tuna dalam tin - satu tin tuna memberikan sehingga 218 IU vitamin D.
- Sardin - satu tin sardin mengandungi sehingga 177 IU vitamin D.
- Salmon - ikan salmon menyediakan 526 IU vitamin D
Makanan laut berlemak merupakan sumber vitamin D yang baik , kerana ia kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, memakan terlalu banyak boleh memberikan kesan negatif pada tahap kolesterol anda.
3. Makan Makanan yang diperkaya

Kuning telur merupakan makan diperkaya yang merupakan sumber vitamin D yang baik.
Pilihan untuk sumber semula jadi vitamin D adalah sangat terhad. Lebih sukar bagi individu vegetarian kerana mereka tidak dapat menikmati makanan laut dan juga ikan berlemak.
Namun demikian, beberapa makanan diperkaya dengan vitamin D termasuklah:
- Susu kacang soya - susu kacang soya merupakan pengganti susu yang berasaskan tumbuhan yang biasanya diperkaya dengan vitamin D. Secawan susu kacang soya (kira-kira 237ml) mengandungi 107-117 IU kandungan vitamin D.
- Jus buah oren - kadangkala produk tesusu tidak dapat digunakan oleh semua orang kerana lebih 75% populasi di dunia mempunyai masalah tidak toleran terhadap laktosa. Ini akan menjadi masalah jika seorang individu vegetarian dan tidak toleran terhadap produk tenusu. Maka mereka boleh memilih untuk meminum jus oren yang diperkaya.
- Cendawan - cendawan merupakan sumber vitamin D yang berasaskan tumbuhan yang memberikan kebaikan vitamin D2. Walaupun vitamin D2 ini membantu meningkatkan vitamin D dalam darah, ia mungkin tidak sebaik vitamin D3, yang boleh diperoleh daripada sumber haiwan.
- Kuning telur: telur yang diperkerkaya sangat berkhasiat, ia juga kaya dengan sumber vitamin D yang baik; dan individu vegetarian dapat mengambilnya sebagai sumber vitamin D. Satu kuning telur mengandungi 37 IU vitamin D. Perlu diingat bahawa tahap vitamin D dalam kuning telur bergantung kepada pendedahannya kepada sinaran matahari dan kandungan vitamin D dalam makanan ayam tersebut.
- Ayam yang dibela di kawasan ternakan berumput dan berjalan di bawah sinar matahari menghasilkan kadar vitamin D 3 hingga 4 kali lebih tinggi. Apabila makanan yang diperkaya dengan vitamin D diberikan kepada ayam tersebut, ia akan menghasilkan telur yang kaya dengan vitamin D sehingga 6000 IU vitamin D.
4. Mengambil Suplemen Dan Makanan Tambahan

Makanan tambahan yang mengandungi vitamin D atau suplemen multivitamin boleh ditambah sebagai sebahagian daripada diet anda untuk penyerapan vitamin D tambahan.
Sekiranya anda tidak mendapat khasiat dan nutrien vitamin D yang cukup daripada cahaya matahari atau makanan, anda mungkin boleh mendapatkannya dari suplemen vitamin D.
Doktor anda akan mengesyorkan suplemen yang sesuai berdasarkan tahap vitamin D anda yang terkini.
Walau bagaimanapun, jika tahap vitamin D anda rendah misalnya dalam kes-kes khas tertentu, seperti individu vegan yang sukar menyerap vitamin D3 daripada makanan bukan haiwan, atau jarang terdedah kepada cahaya matahari, anda boleh mengikut arahan doktor dengan dengan menambahkan lebih banyak dos vitamin D yang sesuai.
4 Suplemen Vitamin D Terbaik: Senarai Suplemen Vitamin D yang Terbaik dari iPharmaHome Farmasi Online Malaysia
Pilihan pil suplemen vitamin D sangat bermanfaat bagi mereka yang kurang suka dengan idea mendedahkan kulit kepada cahaya matahari, atau untuk sebab-sebab tertentu yang lain bagi mendapatkan kebaikan vitamin D.
Untuk memberikan anda pilihan yang terbaik, berikut merupakan senarai 4 suplemen vitamin D terbaik di Malaysia.
-
1. SWISSE Calcium + Vitamin D (150 tablets)
- Mampu menyediakan suplemen D dan juga kalsium dalam masa yang sama.
- Tiada kandungan laktosa dan perasa tiruan.
- Sesuai untuk ibu mengandung dan individu pertengahan umur dan warga tua.
- Saiz tablet yang agak besar boleh menyebabkan kesukaran untuk menelannya.
- Bau yang agak kuat
-
2. Minyak Ikan BLACKMORES Fish Caps 1000mg 120 biji
- Bahan-bahan semulajadi
- Ujian kandungan racun perosak yang diperakui
- Tiada tambahan pewarna, perasa dan pengawet
- Mengandungi bahan-bahan dari sumber haiwan maka ia mungkin tidak sesuai bagi vegan.
- Saiz pil yang besar agak susah untuk ditelan.
-
3. Kalsium Susu BIO ISLAND untuk Kanak-kanak
- Ekstrak susu semula jadi.
- Kapsul cecair terasa lebih enak dan lebih mudah diserap berbanding dengan dengan bentuk pepejal
- Bentuk kapsul memudahkan anak- anak kecil untuk mengambilnya
- Kalsium susu lebih pekat dan sukar untuk ditelan
- Bahan susu tidak sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah intoleransi laktosa
-
4. ENSURE GOLD Vanilla HMB 400g
- Hadir dalam bentuk serbuk yang mudah dibancuh
- Bebas gluten, sesuai untuk mereka yang tidak bertoleransi dengan produk laktosa
- Sesuai untuk mereka yang sudah meningkat usia, dewasa atau warga tua
- Apabila minum berlebihan ia boleh menyebabkan masalah pencernaan
- Mengandungi produk kekacang yang boleh menyebabkan kembung atau punca sedu
Jenama berkualiti tinggi dari SWISSE Calcium + Vitamin D ini dapat membantu menyokong pengambilan makanan berkhasiat yang tidak mencukupi dengan menyediakan sumber kalsium bagi membantu mencegah osteoporosis terjadi.
Ia juga membantu menyokong kepadatan tulang serta gigi yang sihat dan kuat. Produk ini diformulasikan dengan vitamin D3 yang dihasilkan secara semula jadi untuk membantu penyerapan kalsium dengan baik.
Kebaikan |
Keburukan |
|
|
Blackmores Minyak Ikan merupakansuplemen minyak ikan terbaikdi Malaysia, ia membantu menyokong pengambilan makanan berkhasiat yang tidak mencukupi oleh badan.
Selain itu, minyak ikan Blackmores juga membantu menyokong pertumbuhan otot dengan membantu sintesis otot berlaku serta menyekat kerosakan otot daripada terjadi.
Ia juga menggalakkan pemulihan imuniti dan pemulihan otot badan selepas bersenam. Ia mengandungi lemak yang baik bagi membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Kebaikan |
Keburukan |
|
|
Anda mungkin berminat untuk membaca :Kebaikan Minyak Ikan
Produk ini diformulasikan dari susu lembu dan juga vitamin D3. Kalsium Susu BIO ISLAND untuk Kanak-kanak ini mempunyai bentuk seperti ikan untuk memastikan semua peringkat umur mendapatkan dos yang mencukupi dengan mudah.
Ia menggalakkan pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat dan juga pertumbuhan dan perkembangan yang sihat bagi bayi dan kanak-kanak.
Minuman kalsium ini juga mengandungi susu kacang soya dan produk susu lain untuk membantu apabila pengambilan makanan berkhasiat tidak mencukupi.
Kebaikan |
Keburukan |
|
|
Ini merupakan minuman pemakanan tambahan dalam bentuk serbuk sesuai untuk orang dewasa, dan ia menyediakan nutrisi lengkap.
Ia boleh diambil sebagai makanan tambahan atau sebagai sebagai pengganti makanan. Ensure Gold Vanilla mengandungi protein berkualiti tinggi yang membantu mengekalkan jisim otot serta menyokong pemulihan tisu.
Ia juga mengandungi asid lemak omega-3 dan omega-6 yang juga membantu dalam menyokong kesihatan jantung.
Produk ini sesuai bagi mereka yang ingin meningkatkan tahap vitamin D untuk meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan.
Kebaikan |
Keburukan |
|
|
Beli Ensure Gold dalam pelbagai rasa dari kami di sini:
Kesimpulannya
Meluangkan masa yang mencukupi di bawah sinaran matahari ialah cara terbaik bagi mendapatkan jumlah vitamin D yang cukup setiap hari. Walaupun mendapatkan jumlah vitamin D yang cukup dari makanan mungkin boleh menjadi agak sukar, ia masih boleh dilakukan.
Terdapat beberapa pilihan produk suplemen yang kaya dengan kandungan Vitamin D. Tetapi untuk memastikan wang yang dibelanja berbaloi, anda perlu pastikan makanan tambahan vitamin D yang dibeli adalah berkualiti tinggi.
Walaupun anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen bagi menyokong pengambilan makanan berkhasiat yang tidak mencukupi, anda perlu berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
Terdapat beberapa tempat yang menjual suplemen yang berkualiti tinggi, seperti di iPharmaHome. Selain makanan tambahan, farmasi online Malaysia kami juga mempunyai beberapa produk berkualiti lain yang bagus untuk tujuan penjagaan kesihatan yang lain. Beberapa jenama makanan tambahan terbaik kami termasuklah Blackmores Malaysia, SWISSE Malaysia, NutriForte Malaysia dan banyak lagi.
Sekiranya anda ingin mendapatkan suplemen yang sesuai dengan keperluan anda atau produk kesihatan lain yang berkaitan, anda boleh sahaja terus menghubungi kami!